Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ALUMNI UNIKL “FOR HERITAGE CONSERVATION”

February 3 @ 12:00 am

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ALUMNI UNIKL
“FOR HERITAGE CONSERVATION” DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
3 Februari 2024 (Sabtu) – Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu yang terletak di Pantai Pasir Panjang, Segari telah dikunjungi oleh 117 orang Alumni Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat mengutip sampah sarap di sepanjang jajaran pantai dan pembersihan di dalam Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu tersebut.
Program yang dianjurkan oleh Pusat Alumni dan Khidmat Kerjaya UniKL dengan kerjasama Persatuan Alumni UniKL telah mendapat bantuan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Majlis Perbandaran Manjung Zon 3 dan juga Jabatan Perikanan Negeri Perak.
Encik Ramzi Bakar, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Manjung Zon 24 (Segari) yang mewakili bagi pihak YDP Majlis Perbandaran Manjung turut hadir bagi memberi suntikan semangat dan sokongan diatas usaha yang dilaksanakan oleh pihak Pusat Alumni dan Kerjaya UniKL dimana turut disertai oleh Prof. Ts. Dr. Zalizah Awang Long, Timbalan Presiden Pembangunan Mahasiswa Dan Gaya Hidup Kampus, Dr. Mohd Faizuddin Md. Noor, Pengarah Pusat Alumni dan Khidmat Kerjaya dan Tuan Muzzamil Arif Kamarudin, Presiden Persatuan Alumni UniKL.
Program inisiatif ini diadakan bagi mewujudkan kesedaran, mendidik dan memupuk nilai murni peserta dan pengunjung pantai tersebut tentang kepentingan menjaga dan memelihara warisan khazanah negara seperti habitat penyu yang sedang menghadapi kepupusan dan kian terancam.
Semoga usaha murni yang telah dilaksanakan ini mengundang kesedaran kepada masyarakat dan pengunjung pantai peranginan untuk meletakkan rasa tanggungjawab menjaga kebersihan pantai secara bersama dan berterusan serta membantu habitat marin seperti penyu agar dapat membiak dengan selamat dan meningkat populasi penyu mendarat di pantai pendaratan ini.
Bahagian Kemasyarakatan
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Sosial
Majlis Perbandaran Manjung

Details

Date:
February 3
Time:
12:00 am