Santuni Alumni di Kuala Kangsar melawat alumni UniKL MFI yang menghidap penyakit slip disc dan telah kehilangan pekerjaan sebelum ini. Lawatan kali ini dibuat oleh Timbalan Pengarah Pusat Alumni & Khidmat Kerjaya UniKL untuk bertanya khabar dan membawa sedikit sumbangan daripada rakan-rakan alumni dan kakitangan UniKL. Semoga Saudara Hariq segera sembuh dan sekiranya ada rakan industri yang boleh memberi peluang pekerjaan tetap kepada alumni UniKL, boleh hubungi kami di alumni@unikl.edu.my. #uniklalumni #uniklsantunialumni #allplatforms