Adik-beradik bersama-sama menyertai Program Mobiliti Antarabangsa di luar negara pada masa yang sama?

Siapa di antara kita yang mempunyai adik-beradik yang sama-sama belajar di Universiti Kuala Lumpur? Hmmm mesti ramai kan! 😘 Siapa pula yang akan bergraduasi, atau menyertai Program Mobiliti Antarabangsa di luar negara pada masa yang sama? Temui Amin Azman – alumni Diploma Animasi dan kini merupakan pelajar Sarjana Muda Teknologi Multimedia (Kepujian) Animasi Komputer, UniKL MIIT – dan adiknya, Aziz Azman, pelajar Diploma Multimedia, UniKL MIIT. Kami di UniKL dan UniKL MIIT ingin mengucapkan tahniah kerana kedua-dua mereka telah terpilih untuk menjalani Program Mobiliti Antarabangsa ke Korea Selatan bersama 5 orang pelajar UniKL MIIT yang lain bagi Semester Musim Bunga (Spring) tahun ini! 🌸🌸🌸 Kedua-dua Amin dan Aziz akan menjalani Program Mobiliti di Semyung University dan mereka dijadualkan akan berangkat ke Korea Selatan pada malam ini. Tahniah Amin dan Aziz kerana sudah semestinya mereka akan bergraduasi pada tahun yang sama juga 😍 Realisasikan impian anda bersama Universiti Kuala Lumpur! Sertai kemasukan Februari 2023 melalui www.unikl.edu.my. Daftar sekarang! Original post by @uniklmiit #WeAreUniKL #UniKLMIIT #UniKLProud #MYPremierDigitalTech #PDTI #UniKLExperienceXMIIT #ByteTheGlobalExperience #uniklalumni

View on Instagram https://instagr.am/p/Co8vd54P54j/
Share This Post
Have your say!
0 0